Terjemahan Rakaman Audio

Pengkaji: Assalamualaikum saudari, apa khabar ? Bolehkah saudari memperkenalkan diri saudari ?

Responden: Waalaikumussalam. Khabar baik. Nama saya Nik Shaheera Malissa bt Nik Yusoff. Saya belajar di UKM.

Pengkaji: Okay, boleh saudari ceritakan sedikit latar belakang saudari ?

Responden: Umur saya 22 tahun, saya tinggal di Kelantan dari lagi. Maknanya sudah 22 tahun. Adik-beradik ada sepuluh orang, lima lelaki, lima perempuan.

Pengkaji: Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan makanan. Apakah makanan yang paling popular di Pasir Mas ?

Responden: Kalau makanan di dalam sungai, etok. Etok merupakan spesis lala tapi saiz kecil. Kalau makanan lain pulak, kuih-kuih macam akok, che mek molek, lompat tikam. Kalau makanan utama, laksam. Laksam sama dengan laksa tetapi dekat Kelantan, mereka panggil Laksam kuah lemak. Kalau negeri lain, laksa tu macam laksa pineng biasa.

Pengkaji: Apakah makanan kegemaran saudari ?

Responden: Saya suka nasi dagang. Nasi dagang Kelantan tak sama dengan nasi dagang Terengganu. Nasi dagang dimasak menggunakan beras pulut hitam sebab tu sedap.

Pengkaji: Setahu saya, orang Kelantan suka makanan manis. Kenapa ya ?

Responden: Saya pun tidak pasti kenapa. Tetapi bagi saya, makanan manis tu satu kepuasan.

Pengkaji: Soalan terakhir, kebiasaannya, apakah juadah yang disediakan di rumah saudari pada Hari Raya ?

Responden: Kalau hari raya, biasa buat nasi impit kuah kacang, kadang-kadang laksam kuah lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan kalau kuih pula, akok.

Pengkaji: Terima kasih saudari.

Responden: Sama-sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s