Kesimpulan

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, jelaslah bahawa dialek Kelantan mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu standard.

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji iaitu dengan membuat kajian lapangan dan juga teks mengenai dialek Kelantan, pengkaji merasakan perlunya sedikit penambahan yang perlu dilakukan oleh pengkaji akan datang. Bagi pengkaji sangat menarik jika pengkaji-pengkaji akan datang dapat memfokuskan kepada lima kajian bidang linguistik seperti analisis sebutan, analisis pembentukkan kata, analisis pembentukan ayat, analisis makna dan analisis pragmatik. Hal ini demikian kerana, pengkaji mendapati bahawa bidang-bidang yang khusus mempunyai nilai yang lebih tinggi dan mendalam kepada pengkaji bahasa yang perlu disentuh dan diselidik. Selain itu, pengkaji berharap agar ada pihak yang prihatin di luar sana untuk membuat pembukuan terhadap bidang linguistik dalam bahasa ini untuk dikongsi bersama dengan penutur yang bukan penutur dialek ini.

Kesimpulannya, bahagian akhir ini telah membuktikan bahawa pengkaji telah menjalankan kajian terhadap dialek Kelantan. Melalui kajian ini, pengkaji berharap akan ada kajian mengenai dialek ini supaya dialek di Malaysia tidak akan pupus ditelan zaman. Pengkaji juga berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat memberikan pengetahuan serta dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji akan datang. Di samping itu, hasil kajian ini juga boleh didokumentasikan supaya khazanah bahasa ini tidak luput ditelan zaman.  Hal ini demikian kerana, bahasa melambangkan jiwa bangsa.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s