Nota Kuliah 4

Kuliah 4 : Pernyataan Masalah Penyelidikan

Dalam topik ini, pelajar didedahkan dengan cara bagaimana untuk menghasilkan atau membuat pernyataan masalah dalam menjalankan kajian.

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.

Kepentingan pernyataan masalah:

  1. kepentingan tajuk kajian
  2.  menimbulkan minat pembaca
  3. memfokuskan perhatian pembaca terhadap bagaimana kajian tersebut mampu memberi sumbangan.

Sumber masalah:

  •  Pengalaman
  •  Karya berkaitan
  •  Teori
  •  Kehidupan seharian
  •  Isu yang praktikal
  •  kajian yang lepas
  •  Pengulangan

Terdapat empat kriteria penilaian kepentingan masalah:

  1.  Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi, minat, kepakaran dan kemampuan.
  2.   Boleh dilakukan secara saintifik; cerapan dan bukti empirik.
  3.   Meningkatkan pengetahuan sejagat.
  4.   Menambah dan memantapkan teori (badan pengetahuan yang sedia ada).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s