Nota Kuliah 3

Kuliah 3 : Pendekatan Linguistik Korpus

Nota Kuliah ini membincangkan secara lengkap Linguistik Korpus. Korpus merupakan satu set data teks yang digabungkan untuk tujuan tertentu. Selalunya, kajian korpus linguistik berkaitan dengan aplikasi dalam komputer. Salah satu aplikasi yang digunakan ialah AntConc. Nota ini mudah dan senang untuk difahami.

Linguistik korpus adalah kaedah linguistik yang menggunakan data dari bahan-bahan bahasa yang terkumpul dalam suatu sumber yang disebut korpus atau korpora (sejenis bahasa) yang berasal dari penggunaan bahasa dalam berbagai genreragam, dan bahan lisan mahupun bukan lisan yang menjamin keragaman bahasa secara meluas dan mengelakkan daripada penggunaan bahasa yang sangat sempit seperti idiolek. Data tersebut disusun secara sistematik dan biasanya mudah diakses secara elektronik dengan komputer. Kaedah ini digunakan dalam linguistik deskriptif dan linguistik terapan, seperti penyusunan kamus, untuk menjamin bahawa data yang digunakan benar-benar berasal dari penggunaan yang luas dan terhindar dari penggunaan subjektif.

Secara relatifnya penyelidikan berasaskan data korpus yang menggunakan berkomputer masih baharu. Bagaimanapun, kajian yang menggunakan data korpus sebagai asas penyelidikan bahasa adalah seusia dengan persoalan mengenai bahasa itu sendiri (Tognini-Bonelli, 2001: 50 dan Aijmer dan Altenberg, 1996: 1).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s