Bab 3 – Metodologi Kajian

3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Kajian ini merupakan kajian tentang perbezaan dialek Kelantan dalam kalangan penutur natif dialek tersebut dengan bahasa Melayu Standard.

Rajah di bawah adalah rangka penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

rangka1

 

3.2 RESPONDEN KAJIAN

Responden  ini ialah seorang pelajar perempuan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang berumur 22 tahun yang  berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Disamping itu, responden juga menggunakan dialek ini sebagai bahasa kolokial dalam kehidupan seharian. Saya memilih responden ini kerana  dia layak untuk mewakili penutur jati dialek Kelantan jika kita lihat latar belakang keluargannya.

3.3 ALAT KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa alat kajian digunakan iaitu temubual, soal selidik dan set perbandingan pembentukan ayat dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Alat kajian tersebut digunakan bagi menjalankan kajian dan memproses data yang diperolehi. Selain itu, temubual digunakan untuk mendapatkan data-data tentang pembentukan ayat dalam dialek Kelantan oleh penutur jatinya.  Di samping itu, alat perakam digunakan bagi merakam perbualan dengan responden. Selepas itu, hasil rakaman itu akan ditranskrip dalam bentuk teks. Bagi tujuan memaparkan perbualan tersebut dalam wordpress, perisian aplikasi SoundCloud akan digunakan. Perisian aplikasi Antconc digunakan untuk memudahkan pencarian data pembentukan ayat dalam dialek Kelantan yang telah ditranskripsikan.

Soal selidik digunakan untuk memperkukuhkan tahap kesahihan dan kebolehpercayaan data-data yang diperoleh daripada responden. Soal selidik mengandungi 10 soalan. Sila rujuk lampiran… (pautan). Perisian aplikasi Survey Monkey digunakan untuk membolehkan responden melengkapkan soal selidik secara atas talian.

Perbandingan pembentukan ayat dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Beberapa buku rujukan digunakan untuk membandingkan pembentukkan ayat antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Data-data tentang pembentukan ayat  itu disenaraikan dan dibandingkan dengan bahasa Melayu standard. Perbezaan antara pembentukan ayat dalam dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard dikenal pasti dan dianalisis. Perbezaan pembentukan kata yang diberi perhatian berkaitan aspek pengimbuhan dan pengguguran atau penambahan.

Beberapa alatan dan medium dalam perisian komputer telah digunakan untuk melengkapkan lagi kajian. Antara perisian yang digunakan ialah Antconc, Survey Monkey dan SoundCloud.

 

3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti temubual, soal selidik dan satu set perbandingan kata dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

Temubual

Dalam melaksanakan kajian pembentukan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang merangkumi aspek linguistik. Di mana aspek iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi formal dan tidak formal diberi perhatian dalam kajian ini. Berikut merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:

1) Sebelum menemu bual responden, pengkaji terlebih dahulu merangka soalan supaya segala maklumat yang diperlukan dapat diperolehi semasa proses rakaman sedang berlangsung.

2) Pengkaji membuat rakaman audio dengan menggunakan perakam suara terhadap responden.

3)  Rakaman tersebut kemudiannya ditranskipsi dalam dwi-bahasa iaitu dengan mengunakan dialek Kelantan dan bahasa Melayu standard.

4)  Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam perisian “Sound Cloud” unuk disimpan.

Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya menggunakan IPA Chart untuk mentranskipsikan dari aspek ini. Setelah itu, pengkaji membuat perbandingan perbezaan penyebutan kata yang terdapat dalam Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

Seterusnya pengkaji melihat dari aspek pembentukan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”

Selepas itu, pengkaji melihat pula dari aspek struktur ayat yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT.

Kemudian pengkaji melihat dari aspek makna yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.

Akhir sekali, pengkaji melihat dari aspek pemilihan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikel yang digunakan semasa proses rakaman sedang berlangsung menggunakan perisian “AntConc”.

Soal Selidik

Satu set borang soal selidik akan dibangunkan melaui aplikasi atas talian iaitu Survey Monkey. Boleh rujuk di Soal Selidik. Soalan tersebut berkisarkan kenyataan secara terperinci berkenaan responden dengan tujuan mengukuhkan lagi kenyataan bahawa responden adalah seorang penutur natif dialek Kelantan. Setelah selesai, jawapan kepada soalan tersebut akan dianalisis untuk mengumpulkan data bagi memudahkan kajian.

Set Perbandingan

Perbandingan akan dilakukan untuk menunjukkan perbezaan antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

 3.4 PROSEDUR ANALISIS DATA

Suara responden akan dirakam dan kemudiannya akan diedit dengan menggunakan perisian Audacity. Rakaman suara  atau audio yang telah siap diedit akan ditranskripsikan  ke dalam bentuk teks. Hasil transkripsi teks akan dimasukkan dalam aplikasi komputer iaitu Notepad dan disimpan dalam format TXT, kemudian akan dianalisis kekerapan leksikal yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc. Selepas itu, transkripsi teks akan diterjemahkan dalam bahasa Melayu standard bagi menentukan perbezaan antara bahasa tersebut dengan Bahasa Melayu standard. Terjemahan ini perlu bagi memudahkan pembaca untuk memahami bahasa dialek Kelantan.

 

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya hasil yang sahih diperolehi. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s