Kajian Literature

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini membincangkan beberapa kajian lampau yang telah dilakukan  oleh pengkaji terdahulu yang mengkaji tentang dialek-dialek yang terdapat di negeri Kelantan secara umum dan spesifik. Terdapat beberapa kajian lampau yang telah dilakukan untuk mengkaji beberapa dialek di Kelantan. Kajian literatur merupakan suatu rujukan yang sangat penting dalam menjalankan kajian ini dan boleh dijadikan sumber rujukan asas bagi mendapatkan garis panduan atau petunjuk untuk melakukan kajian  pembentukkan kata dalam penuntur dialek Cina di Tumpat di Kelantan yang mempunyai kaitan dengan beberapa kajian lampau.

 

2.2 Kajian literatur secara umum

Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Terdapat beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji secara umum mengenai morfologi seperti di bawah;

1)   Abdullah Hassan

Dalam bukunya yang bertajuk buku Linguistik Am,2007 : 117 , mendefinisikan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

2) Nik Safiah Karim

Dalam bukunya pula  iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

3)  Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz,

dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

 

2.3 Kajian literatur secara khusus

1) Hashim Musa (1975) 

Hashim Musa (1975) juga telah membuat kajian tentang  Morfologi Dialek Kelantan dalam penulisannya iaitu Morfomik Dialek Kelantan dengan menggunakan kaedah lapangan. Dalam kajian ini, beliau telah melihat proses morfomik yang berlaku dalam dialek Kelantan. Hasil kajiannya mendapati proses morfofonemik seperti penghilangan fonem banyak berlaku dalam dialek Kelantan. Contohnya dalam kata /kәdε/ , diftong /ai/ dihilangkan dan digantikan dengan fonem vocal /ε / menjadi / kәdε /. Di samping itu, beliau juga memberi huraian tentang alamof bebas, alomof terikat dan proses morfofonemik yang tedapat dalam dialek Kelantan.

2) Abdul Hamid Mahmood (1981)

Abdul Hamid Mahmood (1981) membuat tumpuan terhadap dialek Kelantan. dalam kajian itu beliau menyatakan dialek Kelantan dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Pahang, Kelantan-Terengganu, dan beberapa daerah wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani (1977:9). Dalam membandingkan dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku, beliau menyatakan terdapat beberapa kelainan yang ketara, antaranya: fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikal.

Kesimpulan

Kajian lepas berkenaan tajuk kajian telah dilakukan dengan teliti dan mendalam. Kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh bahasa telah membuka satu ruang dan idea kepada pengkaji untuk penambahbaikkan terhadap kekurangan dalam kajian mereka.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s