Concordance

‘Concordance’ perisian komputer yang digunakan untuk menganalisis senarai kata-kata kunci dalam suatu kontek ayat ‘listing of keywords in context’ (KWIC). Manakala ‘concordancer’ pula merupakan suatu alat atau program (software) yang membantu menyenaraikan perkataan-perkataan dalam kontek ayat. Ia merupakan satu program yang agak sesuai untuk pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa.

Tujuan ‘concordance’ ialah menganalisis teks. Ia adalah sesuai bagi mereka yang ingin menganalisis teks dengan secara terperinci atau analisis bahasa secara lebih mendalam. Oleh hal sedemikian, dengan adanya ‘concordance’ saya dapat menganalisis dan lebih memahami kandungan sesuatu teks dengan lebih terperinci.

Di samping itu, kebolehan ‘concordance’ ialah membuat indek dan mendapatkan senarai perkataan-perkataan yang kita ingini. Ia juga boleh membuat ringkasan.Tambahan lagi, ia juga boleh membuat perbandingan bagaimana sesuatu perkataan digunakan dalam kontek ayat yang berlainan. Sesuatu perkataan boleh berfungsi sebagai kata nama, kata adjektif dan juga kata kerja.

Software AntCont merupakan perisian yang digunakan untuk melihat kekerapan penggunaan perkataan dan frasa yang terdapat dalam sesebuah teks dengan lebih mudah dan cepat. Kekerapan penggunaan perkataan dan frasa oleh seseorang menunjukkan tahap ketinggian kosa kata seseorang itu. Dengan menggunakan perisian AntConc, sesuatu teks itu boleh dianalisis dengan lebih mudah dan seterusnya maklumat yang diperolehi daripada analisi tersebut boleh digunakan untuk mengkaji tahap ketinggian kosa kata orang yang menghasilkan teks tersebut.

AntConc boleh diperolehi secara percuma dengan  memuat turun dari halaman http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software.html

Fail yang di muat turun adalah dalam format .exe, bermakna ia tidak perlu di-install. Ia boleh terus digunakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s