Analisis Kata

Pembentukan kata oleh dapatan kajian responden dianalisis dengan menggunakan perisian AntConc yang juga merupakan sebuah perisian Concordance.

Langkah menganalisis pembentukan kata:

  1. Tujuan menganalisis pembentukan kata dilakukan ialah mengkaji pragmatik.
  2. Responden kajian saya ialah seorang pengacara Forum Mencari Cinta
  3. Responden ini merupakan seorang mahasiswa UKM yang baru sahaja bergraduasi dan berumur 24 tahun.
  4. Kajian ini dilakukan dengan merakam percakapan responden.
  5. Rakaman audio tersebut diedit dengan menggunakan perisian Audacity dan Lame
  6. Transkripsi teks perbualan dibuat dan disimpan dalam format .txt dan dinamakan bentuk_kata.txt
  7. Perisian AntConc dibuka dan fail bentuk_kata.txt dicapai untuk dianalisis.
  8. Bentuk kata yang unik dalam dialek responden dianalisis.
  9. Hasil analisis pembentukan kata responden mendapati elemen:
  •  formal atau tak formal
  • akrab atau tak akrab
  • perbezaan status, usia atau jantina

 

Dapatan kajian

Perisian Antconc digunakan untuk menganalisis kekerapan kata yang digunakan dalam dialek yang dikaji. Melalui perisian Antconc, dapat kita lihat kekerapan kata yang digunakan dalam dialek Terengganu melalui penganalisisan yang dibuat.

akata 2

 

 

 

 

 

 

 

  1. 1.      Bakpe > bakpe ialah Kata Tanya yang bermaksud kenapa

Contoh ayat : dah bakpe lapo ?

Maksud ayat : dah kenapa lapar ?

 

  1. 2.      Sakni > sakni ialah Kata Perintah yang bermaksud sebentar tadi

contoh ayat : sakni kabo.

maksud ayat : sebentar tadi beritahu

 

  1. 3.      Bahang > bahang ialah Kata Kerja yang bermaksud makan

Contoh ayat : Pagi roti paung, tengohari bahang nasi, malang mi goreng.

Maksud ayat : pagi roti paung, tengahari makan nasi, malam mi goreng.

 

  1. 4.      Bahang > bahang ialah kata kerja yang bermaksud dengar

Contoh ayat : dok ni awa-awa bahang gang nang doh.

Maksud ayat : awal-awal dah dengar lagu gangnam.

 

  1. 5.      Toksoh > toksoh ialah kata larangan yang bermaksud jangan

Contoh ayat : toksoh kate gang nang, tariang kite hok biase ni tariang …

Maksud ayat : jangan kata gangnam, tarian kita yang biasa …

 

  1. 6.      Bo > bo ialah kata sendi nama yang bermaksud hanya

Contoh ayat : kalu bo maknenye orang mude ni pasang dalang rumoh diye …

Maksud ayat : kalau hanya orang muda pasang dalam rumah dia …

 

  1. 7.      Buh > buh ialah kata kerja yang bermaksud masukkan

Contoh ayat : kalu mu buh lagu Daud Kila tak dok gang nang tuh.

Maksud ayat : kalau kamu masukkan lagu Daud Kilau tiada gangnam tu.

 

  1. 8.      Tak dok >  takdok ialah kata nafi yang bermaksud tiada

Contoh ayat : kalu mu buh lagu Daud Kila tak dok gang nang tuh.

Maksud ayat : kalau kamu masukkan lagu Daud Kilau tiada gangnam tu.

 

  1. 9.      Hok > hok ialah kata hubung yang bermaksud yang

Contoh ayat : … tariang kite hok biase ni tariang inang…

Maksud ayat : … tarian kita yang biasa ni tarian inang …

 

  1. 10.  Sapu > sapu ialah kata kerja yang bermaksud ambil

Contoh ayat : Make maghi hok barak hok tu diye sapu.

Maksud ayat : maka bila datang yang barat yang tu dia ambil.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s